Perutusan Puan Pengetua SMK Aminuddin Baki Johor Bahru


Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dan sekalung tahniah kepada semua Ahli Kabinet MPPPUSABJB serta Exco ICT MPPPUSABJB atas penghasilan Portal Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru ini.

Usaha murni ini diharapkan menjadi inspirasi dan perangsang warga MPPPUSABJB khususnya dan warga MPPPU yang lain umumnya bagi mencipta kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang. Dalam era dunia tanpa sempadan dan perkembangan teknologi yang semakin pesat, setiap pelajar perlu berwawasan, berketrampilan dan berdaya saing, berfikiran kritis dan mempunyai jati diri yang teguh agar dapat bersaing bukan sahaja dalam Negara malah juga dipersada antarabangsa.Oleh itu, setiap pelajar perlu mempunyai keazaman yang kuat dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agar tidak ketinggalan. Pelajar-pelaar perlu berfikiran positif dan sentiasa sedia untuk berubah ke arah kebaikan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berminda kelas pertama.

Akhir kata saya yakin dan percaya setiap warga SMK Aminuddin Baki Johor Bahru sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi sekolah ini dalam pelbagai bidang.

Sekian Terima Kasih

Puan Hajah Syam Binti Haron
Pengetua SMK Aminuddin Baki Johor Bahru


Laman Sesawang Kerajaan :


PENAFIAN :

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini. Semoga semua pihak beroleh manfaat. Terima kasih.

Hak Cipta Terpelihara © 2009 - 2011 :

Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki,Johor Bahru,Johor

-Ketua Pemantau : Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi[017-7796224]