Perutusan Penolong Kanan Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Terutama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA jua Portal Rasmi MPPPUSABJB ini berjaya dibangunkan. Tahniah dan syabas kepada Exco ICT Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru khasnya kepada pengasas portal ini, Saudara Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi kerana dapat menghasilkan laman sesawang ini.
Antara lain , tujuan diadakan portal ini adalah untuk menjadi salah satu input kepada perlaksanaan pembelajaran Prauniversiti dan sejajar dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya mengharapkan laman ini dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Teknologi Informasi Komunikasi (ICT) di SMK Aminuddin Baki Johor Bahru khususnya.

Akhir kata daripada saya semua pelajar dapat memberi sepenuh komitmen dan sentiasa bekerjasama.

Sekian. Wassaalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Encik Mohamad Asri Bin Mohd Rejab
Penolong Kanan Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.


Laman Sesawang Kerajaan :


PENAFIAN :

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini. Semoga semua pihak beroleh manfaat. Terima kasih.

Hak Cipta Terpelihara © 2009 - 2011 :

Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki,Johor Bahru,Johor

-Ketua Pemantau : Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi[017-7796224]